Showing posts with label Tesis. Show all posts
Showing posts with label Tesis. Show all posts

Wednesday, 13 July 2011

Respon Timbalan Pengarah PPS Berkaitan Kekaburan Format Gaya UKM

0 comments
Pada 11 Julai (Isnin) yang lepas, MPP Siswazah telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Akademik) Pusat Pengajian Siswazah UKM, Prof. Dr. Ismail Sahid berhubung kekaburan berkaitan format Gaya UKM.


Rajah 1.1 Prof. Dr. Ismail Sahid 
Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~pps/pps/PPs_web/m_kakitangan.htm [13 Julai 2011]
(Mengikut Gaya UKM!)

Berikut adalah ringkasan respon beliau terhadap persoalan yang diutarakan oleh Saudara Mohd Arif Misrol, Spekar PMUKM merangkap MPP Siswazah UKM :

1.      1. Buku Gaya UKM
Setakat ini, buku Gaya UKM Edisi Semakan Kedua hanya dijual di kaunter PPS sahaja. Hal ini berbeza dengan kefahaman umum pelajar siswazah bahawa Buku Gaya UKM Edisi Semakan Kedua ini boleh diperoleh di UNIKEB dan kedai Penerbit UKM (di Canselori).

2.      2.  Web Gaya UKM
Laman web ini diselia sepenuhnya oleh PPS. Apa yang menjadi rungutan sebelum ini adalah web tersebut tidak memaparkan format Gaya UKM yang terbaru. Hal ini menimbulkan masalah kepada pelajar yang menjadikan web tersebut sebagai rujukan utama penulisan tesis mereka.

Sdra Arif dimaklumkan bahawa PPS sedang dalam proses berpindah ke laman web baru. Proses tersebut dimaklumkan memakan masa 2 – 3 minggu dari waktu pertemuan ini dilakukan.


3.    3.   Penerbitan buku Gaya UKM Edisi Semakan Kedua.
Buku ini diterbitkan oleh PPS. Dalam erti kata lain, MPP Siswazah difahamkan bahawa Penerbit UKM tidak terlibat dalam penerbitan buku ini. Penerbitan buku ini bergantung kepada perjanjian PPs dengan pihak pencetak.

Sdra Arif dipetik berkata, “Buat masa ini, dalam konteks format Gaya UKM ini, kita akan sentiasa berhubung dengan pihak PPS sehingga beberapa perkara penting yang berkaitan selesai dan dimaklumkan kepada pelajar siswazah UKM.”

“Perkara sebegini tidak harus dianggap sebagai suatu desakan yang bersifat negatif, tetapi harus dipandang sebagai kepedulian pelajar siswazah terhadap perkara yang berkaitan dengan perjalanan akademik mereka. Kami mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak untuk memastikan perjalanan akademik dan kebajikan pelajar siswazah UKM berjalan lancar dan terpelihara.”

Sebarang pengemaskinian maklumat akan dipapaprkan dalam blog ini pada masa-masa akan datang. 'Bersama mahasiswa realisasi varsiti' :-)

Tuesday, 12 July 2011

Lawatan Ramah Mesra MPP Siswazah ke Urusetia-urusetia Pengajian Siswazah Fakulti!

0 comments

MPP siswazah PMUKM akan mengadakan siri lawatan ramah mesra ke Urusetia-urusetia Pengajian Siswazah Fakulti UKM (kampus Bangi) bermula pada Rabu, 12 Julai 2011. Jadual perjalanan adalah seperti di bawah :

Rabu
FST : 8.30 pg -10.00 pg
FPI : 11 pg -12.30 tgh
FSSK : 2.30 ptg – 4.00 ptg

Khamis 
FPEND : 11.00 pg -12.30 tgh
FKAB : 2.30 ptg -4.00 ptg

Jumaat
FTSM : 8.30 pg -10.00 pg
FUU : 11.00 pg -12.00 tgh

26 Julai 2011 (selasa)
FEP : 2.30 ptg - 4.00 ptg



Lawatan ini bertujuan untuk menyediakan ruang jaringan antara Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pimpinan pentadbiran fakulti, terutama yang berkaitan dengan urusan siswazah bagi mewujudkan kesefahaman yang mendalam seterusnya dapat bekerjasama dalam memartabatkan perkembangan ilmu dan pembangunan universiti

                                          
Bersama mahasiswa realisasi varsiti!


Justeru, pihak PMUKM mohon jasa baik semua sekalian untuk memberikan idea, pandangan, aduan, komentar, dan apa saja yang berkaitan untuk MPP SIswazah PMUKM bincangkan, perkenalkan, bawakan dan suarakan semasa lawatan ramah mesra tersebut. Ia boleh disalurkan ke mppsiswazah@gmail.com

Terima kasih.

Friday, 8 July 2011

Format Gaya UKM :Berlaku Kekaburan?

0 comments
PMUKM mendapat aduan berkaitan kekaburan format Gaya UKM. Pada waktu ini, pelajar siswazah, terutama yang berada dalam semester terakhir sedang sibuk memperbaik dan menjilid tesis masing-masing.

            Apa yang menjadi perhatian mereka, dijelaskan seperi di bawah (macam ayat tesis pula!) :

1.    Laman web Gaya UKM didapati memaparkan format Gaya UKM versi lama. Hal ini menimbulkan kekeliruan pelajar siswazah sekiranya mereka menjadikan laman web tersebut sebagai rujukan untuk format Gaya UKM bagi tesis mereka.



2.  Penerbitan buku Gaya UKM Edisi Semakan Kedua yang dilihat tidak ‘merakyat’ publisitinya. PMUKM difahamkan buku ini hanya dijual di PPS sahaja dengan harga RM 15.

Kesan negatif kekaburan ini boleh menimbulkan fenomena seperti di bawah :

1.     1. Menyusahkan penuntut, terutama yang tinggal/bermastautin di luar Semenanjung Malaysia untuk balik semula ke UKM semata-mata untuk membetulkan keslapan-kesilapan teknikal Gaya UKM

2.     2. Ada yang terpaksa extend semester semata-mata kerana kesilapan minor yang terdapat dalam Gaya UKM.

Sehubungan itu, MPP Siswazah mengambil inisiatif dengan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Pengarah PPS untuk menangani masalah ini. Pertemuan tersebut dijadualkan pada 11 Julai 2011. Sebarang maklumat akan dimuatkan dalam blog ini, blog PMUKM dan Facebook Siswazah UKM.

“Keep in touch with PMUKM [n_n]”